Thursday, January 12, 2012

Bermulanya disini

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Debaran pertama -->lepas dah



Debaran kedua --> dah lepas gak =)



Macam biase la hati yang selalu tak menentu. Kadang2 terfikir macam taknak stay kat rumah.  Duduk rumah sewa kan best. Tapi mak macam biasa lah akan menghasut2 aku agar aku tak terpikir nak dok jauh.  Hahaha! Ayat yang biasa digunakan ''sekarang ni bahaya, duk uma sewa sorang. macam2 kes. Kalau ada kawan lak tak satu kepala".  Fine mak.. Dah dapat muar pon mak. Kena bersyukur! Bersyukur! Manusia ni susah sangat nak bersyukur dengan nikmat Allah. 



Aku bersyukur sebab dapat JOHOR & MUAR.   


Debaran ketiga :: sekolah mana la agaknya aku dicampakkan. Tak kesah la sekolah mana pun tapi harap2 suasana sekolah tu aku senang terima dan Guru besar yang menyenangkan hati. Huh apesal ayat tonggang langgang ni. Tension!







love-peace-empathy

Tuesday, January 10, 2012

Berakhirnya sebuah penantian..

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم




Alhamdulillah..
Akhirnya keputusan posting keluar jugak.. Alhamdulillah aku dapat JOHOR.   Bersyukur dengan rahmatMu ini.. Amin..  Sepuluh orang dari budak kelas aku dapat Sabah.  Ada yang sedih, ada jugak yang suka, ada juga yang tak kesah.  Kalau aku, aku pun tak tau aku kategori yang mana sebab sekarang aku bukan berada di tempat diorang.  Apa2 pun tahniah la korang.  Best ape dok sabah, boleh kumpul duit banyak2. Hehe.. Ambillah yang positif untuk tenangkan hati.  Allah adalah sebaik-baik perancang. 

Walaupun aku dah dapat Johor, tapi hati aku tak lah tenang mana.  Keliru sebab aku boleh buat pilihan. Tulah manusia bila dah ada pilihan, pon tak bersyukur.  Tapi memang ye pun. Aku tak suka pada pilihan sebab bila ada pilihan bermakna ada keputusan. Membuat keputusan adalah sesuatu yang paling aku tak suka sebab hati aku tak tetap dan tak nekad. Arrghhh!!

Walau ape pun aku tetap bersyukur dengan rezki Allah.. Malam ni dah boleh tidur dan mimpi sekolah pulak. Huh dah nak habis cuti rupeenya.. Dapat menganggur sebulan lebih je kot. Haha tak bersyukur langsung!



Update : Tak sampai satu hari tiba2 web kpm tu macam kena godam.  Result penempatan bertukar 180darjah. huhuhu. Time tu gelabah tak ingat dunia.  Baru la tau erti bersyukur sebenar-benarnye bila dapat Johor.  Elok2 10 orang kat Sabah dah jadi 4 orang je. 3 orang ke Sarawak, 2 ke Pahang & sorang ke Kelantan. Bertambah sedih lagi orang yang tdapat semenanjung, tiba tertukar ke sarawak. Kesian my rumate. Dah la baru kawen. Tengah pregnant lagi. Sabarlah, ujian dari Allah. My rumet sentiase kuat.









Love-peace-empathy

Monday, January 9, 2012

Penenang hati..

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم





Anas r.a telah melaporkan, Rasulullah s.a.w telah bersabda ketika Allah mencipta Nabi Adam, Adam telah ditinggalkan bersendirian.  Lalu iblis telah mengambil kesempatan dan menjelajah masuk ke dalam seluruh badan nabi Adam ( melalui salur darahnya). Apabila syaitan berhenti pada satu organ (bahagian tengah badan) iaitu hati dan mendapati organ tersebut merupakan bahagian yang paling penting dan mudah dipengaruhi syaitan. (RIWAYAT AHMAD)








***


Diakui hati aku memang mudah sangat terpengaruh dan berbolak balik dalam sekelip mata.  Kadang-kadang aku pun tak tau ape yang hati aku nak.  Jalan terbaik ialah berdoa dan minta yang terbaik.  Kadang-kadang apa yang kita mahu bukanlah yang terbaik untuk kita. Allah maha mengetahui segalanya.


Mood : stress


Stress sebab tunggu keputusan posting. Padahal sebelum ni aku dah tetapkan hati tak kesah pon dapat mana2.  Pasti tu yang terbaik buat kita walaupun pada asalnya kita tak nampak pun dimana hikmahnya.  Tapi bila orang dah mula bercakap2, hati mula tak tenang. Tapi aku tetap tak tau apa yang hati aku nak.  So, aku hanya berserah dan harapkan yang terbaik untuk aku. 




La Tahzan.. Jangan bersedih sesungguhnya Allah bersama kita.













Love-peace-empathy


Tuesday, December 27, 2011

Proposal!!

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Tajuk macam gempak..

Aku telah dilamar!! Oyeah jangan nak perasan sangat sebab kau dah ada orang tengah tunggu.  Tapi dia pun pernah curang kat aku. Apa salahnya tukar2 kan? hahahaha! Ok2 abaikan kata2 hati yang jahat. Ambil yang baik je.  Sebenarnya dia nak ajak keluar je kot. Tapi tahniah aku ucapkan sebab sangat berani meluahkan tanpa sebarang kiasan. Camni la bagus. Semua orang faham, takyah belok2.  hahaha!!

Sebenarnya aku nak jawab, "dah tu mana nak campak pakwe aku" tapi eh2 nanti jatuh la saham. So kene jawab seperti diataslah. hihi

Pas aku cakap taknak, beliau dah tak reply n terus offline. Entah2 die dah remove aku dari frenlist tak? hoho.  Minta maaf bebanyak.  Kalau ko ajak dating ramai2 aku on je. =)


Tapi apepun, minta maaf sebab aku dah tereject kau tanpa perasaan. Huhu~~ Seperti biasa aku kena buat macam orang takde perasaan sebab biar orang tu tak malu & kita pun tak malu. hehehe ^-^  *tak comel ok.


Sebenarnya bukan isu ni aku nak cakap. Sebab aku tak kesah pun pasal benda tu. Aku tau kadang2 seseorang lelaki ajak perempuan tu kapel sebenarnya bukan dia nak sangat kat perempuan tu. Tapi ala2 macam dah takde sape2 so main sapu jela tak kira la perempuan tu siapa.  

Hmm.. sebenarnya aku tau kadang-kadang lelaki yang nak ajak leting2 (baca dating. saje nak memanje) ni bukan nak sangat pon kat kita (dalam hati cakap, kau ingat kau cantik sangat). Tapi dia nak tengok kot2 kite single lagi kot2 leh jadi makwe dia. Cuba nasib. Agak2 tak okei dia try la kat kawan lain lak.  Aku tau la sebab sebelum dia nak "kawan" dengan aku ni, dia dah try kawan aku dulu. Tapi tak dapat kot? Hehe.. 

Pastu bukan sorang lelaki yang cuba menerai2 aku camni. Aku bukan perasan diorang suka kat aku pun (sedar diri). Tapi aku tau diorang saja nak test market.

Perempuan ni sifatnya sangat mudah perasan.  Kalau orang tengok je dia dah cakap "eh laki tu asik tengok aku je, mesti beliau suka kat aku".

Kalau lelaki tu kerap mesej atau call pon perempuan akan cepat perasan gak.  Entah2 laki ni buat perempuan ni jadi orang tengah je sebab nak mengorat kawan kau. huhu...  So, wanita2 kena fikir masak2 sampai hangus untuk terima seseorang agar hati akan terpelihara dan tak terluka.  Kalau boleh no kapel until akad. =))

Ni adalah teori aku sendiri. Hobi aku ketika sedang menganggur ialah mencipta teori baru. 



Psstt ::: Kalau orang yang sedang menunggu aku baca entry ni, aku tak tahu apa akan jadi kat aku. Sekian~~








love-peace-empathy

Friday, December 23, 2011

Ada apa dengan lipis?

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 


Pekan Lipis aka Little London

Aku kira hampir sebulan meninggalkan bumi lipis kot. Walaupun aku selalu puji kutuk lepeh tu tu takde pape. Boring, takde hiburan, tempat jin bertendang, barang semua mahal dan macam-macam lagilah.  Tapi lipis tak lah seteruk tu.  Ada beberapa tempat menarik yang boleh dilawat kat lipis tu misalnya kat lipis ada EMAS. Ye EMAS.  Kat belakang maktab tu pun ada emas. Orang la yang cakap. Kalau nak kepastian boleh la gali sendiri.

Next, kat lipis gak ada batu 0. Nampak macam takde pape tapi kat tempat lain memag tak wujud batu ni. Jadi untuk membuktikan kewujudan beliau, perlulah ambil gambar =)

Hoho! gambar ni je yang ada. Tu pun rembat dari FB huda. =P

Destinasi seterusnya ialah stesen keretapi Kuala Lipis. Oyeahh! Tak tahu apa yang menariknya cuma lagend je kot.. 

1926 - tua dah stesen ni yep (semua kurang inci. Sebab tu tak sampai =p)


Zoo lipis. Masuk RM 3.
Kawasan zoo ni kecik je.  Kalau jalan pun dalam 20 minit ada lah kot. 


Bekas rumah kediaman setiausaha kerajaan Pahang tapi sekarang dah jadi Muzium Pahang. Tapi kiteorang pun tak sempat masuk haritu sebab dah lewat sangat T_T


Perhentian terakhir ialah di gua bama.  Kawasan ni macam kurang terbela. Kalau jaga elok2 mesti lagi cantik. 


Last :: Kat maktab IPG lain takde benda alah ni. Kat Afzan je ada. Sebab tu kena sayangilah IPG anda =)) *senyum lebar

Nice ^_^
















love-peace-empathy