Thursday, May 24, 2012

Suka sama laki orang??

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Hoho... tajuk macam nak mintak orang simbah asid kat muka sendiri. T_T.  Haish dulu-dulu selalu dok ngate kenapa la orang ni suka amik laki orang. Tak kesian ke kat bini dia. Perempuan haruslah memahami perasaan wanita. ececeh.. Dah takde lelaki lain ke?? dan macam-macam orang aku kata sebab tak kena kat batang hidung sendiri. huahuahua....


Tapi sekarang bukanlah dah kena dengan batang hidung tapi sipi-sipi je.. Dulu hidup xde jumpe laki orang. Sebab student kebanyakkanya single mingle tak kawen, bujang n forever alone. Tapi bila dah masuk alam pekerjaan ni, kiri kanan laki orang sampai nak cari orang bujang pun takde. ooppsss!   Kenapa la dua tiga empat lima menjak ni terbekenan lak dengan laki orang. Laki orang jugak yang kau berkenanHahaha! sungguhpun begitu  insyaAllah aku
takkan amik laki orang. Suka je kot, bukan nak ajak kawen pun. Perempuan ni kan memang macam tu. Cepat jatuh hati dan cepat berubah hati. Hahahaha!!


Bagi aku kalau nak amik laki orang pun biarlah kita nampak lebih perfect dari isteri 1st dia.  Agak2 kalau lagi teruk, tak pandai masak, agama pun kurang, muka pun tak berapa nak cantik harap muda je baik toksah kot. Cari laki bujang je.. hahaha! Sebab orang akan cakap "la biasa je bini muda die ni. ape yg dia pandang??"  Tapi lagi bagus tak payah ambik orang punya sebab kita pun tak suka orang amik kita punya kan. Kalau ada yang single mingle tu terima jela.. Kita pun bukan perfect mane.. ye dak




LOVE - PEACE - EMPATHY




Wednesday, May 16, 2012

Hari guru pertama





Thanks semua.. 


SELAMAT HARI GURU 2012

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

18 tahun dulu, aku di sebuah pondok merah di tepi jalan pinggir bandar dan dikenali sebagai TADIKA.  Kat situ la aku mula mengenal erti ilmu. Walaupun aku tak ingat macam mana aku leh pandai baca, macam mana Cikgu Su ajar aku dulu sampai aku pandai baca ek?? Sampai sekarang aku pikir sebab konon bajet nak aplikasi kan benda tu kat anak murid aku sekarang.  Sebab orang kata pengalaman sendiri lebih bagus. Tapi aku rasa murid sekarang tak macam murid dulu. Murid dulu senakal2 pun masih takut juga kat cikgu. Tapi murid sekarang, depan cikgu pun selamber je buat peel..

Masa aku kat sekolah rendah dulu, aku paling takut kat cikgu BI. Aku tak tau la kenapa. Walau dah 6 tahun belajar tapi bodohnya macam tu juga. Memang sadis.  Kalau dikenang2 aku rasa nak patah balik masa zaman sekolah rendah dulu. Pastu taknak tua, taknak besar dan taknak kerja.  Aku ingat lagi masa sekolah rendah dulu, tak sabar gila nak besar. Bajet bila dah besar muka jadi cun, jadi perempuan melayu terakhir. HAK hak. Tapi aku rasa macam tak jauh beza je perangai & fizikal dulu dan sekarang. Hak3.  

Kalau dulu rasa takut, tak suka, menyampah dan sewaktu dengannya bila cikgu marah2.  Sekarah diri sendiri dah sedar, insaf dan taubat.. Baru tau kenapa la dulu cikgu tu mara aku. hoho~~ Sekarang dah pandai fikir, kalau cikgu marah-marah sampai terkeluar anak tekak suruh belajar, mara bila tak buat kerja rumah, tak bagi perhatian masa cikgu ajar sebab satu je,.... Cikgu tu nak kita dapat apa yang dia ajar. Tu je yang dia minta sebab cikgu takkan minta duit. 

Bagi aku, walaupun cikgu di bayar gaji yang sikit, tapi dia tetap akan mengajar seolah2 gaji dia RM 10 000. Hanya satu je yang dia mahukan.  Apa yang di ajar, murid faham dapat dan ingat.   Teringat aku kata2 seorang kawan lepas habis satu topik cikgu mesti akan tanya "faham tak?" "understand?". Kalau murid jawab " faham" "yes" cikgu tu dah boleh lepas nafas lega. Rasa macam satu beban dah selesai.  Terkenang aku masa belajar Add math, setiap kali mesti cikgu tu akan tanya dua kali sebab kali pertama memang takkan ada orang jawab. Bila kali kedua dengan nada tinggi "faham kelas???" baru la berjawab "fahammm" tu pun dengan nada yang ala2 tak makan 3 hari sebab memang tak faham. Ok cikgu sekarang saya dah faham perasaan cikgu. huhu T_T.



Cikgu mengajar macam nak rak, suara hilang tekak sakit tapi cikgu tak harap apa-apa balasan pun. Biarlah apa pun murid kita nak jadi esok, asalkan dia berjaya. Biarpun dia jadi Perdana menteri, doktor, peguam tapi cikgu takkan harap esok-esok kalau anak murid aku berjaya aku juga yang senang. Takkan.. Takkan berharap macam tu. Cikgu hanya nak menumpang sedikit kegembiraan kerana kejayaan anak muridnya.  

Kalaulah mereka tau itu semua, dan aku tau itu dulu, mungkin aku takkan jadi cikgu sekarang =)

SELAMAT HARI GURU 2012.


GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA 




psstt :   Sejak dua tiga menjak aku jadi cikgu ni, makin kerap aku jumpe cikgu zaman sekolah rendah dulu. Tapi kenapa aku tengok cikgu2 tu macam tak berubah pun. Sama je macam 10 tahun lepas.  Cikgu tu yang evergreen atau aku yang nampak matang. Oh apekah??
















LOVE - PEACE - EMPATHY

Tuesday, May 15, 2012

GURU OH GURU



Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Usman Awang
1979