Friday, January 27, 2012

Fitrah wanita

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم







Seperti yang aku pernah tulis dalam entry aku yang lepas..  Perempuan ni sifatnya sangat mudah perasan. Kadang-kadang orang tak tengok dia pun dia kata orang tengok dia. Pastu mula la perasan kata orang tu syok kat dia sedangkan kalau betul pun orang tu tengok dia mungkin dia tengok kita macam muka sedara dia, kawan dia.. Tu je.  *Positive thinking. 


Tapi aku sikit pun tak salah kan wanita dalam hal ni. Dah memang camtu fitrahnya. Nak buat camna. Cuma cara menzahirkan sifat perasan mungkin berbeza. Ada tu dan2 tu juga dia cakap kat semua orang yang laki tu asyik usha dia je.  Ada yang low profile, just terdetik dalam hati je. Ada juga yang bgtahu kawan sebelah2 je..


Tapi dalam hal hati dan perasaan ni memang la payah sangat. Sebab kita ingat orang tu ada hati kat kita so kita tunggu je dia propose. Last2 sampai nak jadi andalusia, batang hidung laki tu pun tak nampak.   So, dalam hal macam ni salah sorang haruslah memulakan langkah dulu. Kalau jawapan negatif, babai jela kat laki tu. Macam la tak de orang lain nak kat wanita tu kan. 


Lelaki pun tak salah dalam hal ni. Yela memang sifat lelaki suka mengusik. So otomatik perempuan akan perasan. Hahaha! Kadang-kadang laki tu hanya nak jadi teman tapi mesra je. Ahh tak kesah la ape pun yang penting kesahihan perasaan masing2. Bukan ape, bila perempuan tu bajet laki tu memang tak de hati kat die, so die akan pusing hati die untuk orang lain.  Tup2 laki tu terus terang cakap die suke kat perempuan tu tapi malang nye perempuan tu dah ada orang lain. Takkan nak putus ? senang2 je main kan hati orang. Tak baik tau..



****

Hari ni aku da selesaikan satu kes.  Eh selesai ke? hurmm kira selesai la tu. Tu je yang mampu aku buat. Ceit bajet macam terer giler je boleh selesai kan kes orang. Padahal perosak lagi ada.   



Starting je dah macam hampeh



Ok fine. Beliau dah boleh agak pasal apa aku mesej menunjukkan beliau tau tujuan aku mesej beliau. =)




Perbualan di teruskan.....


dan jawapannya































Pinggan tak retak,
Nasi tak dingin,
Orang taknak,
Kita pun tak ingin.




dan satu lagi...
Kalau dah jodoh tak kemana,
kalau tak de jodoh tak kemana-mana.







Psstt : Makcik, jangan mara aku ea...







love-peace-empathy




Monday, January 16, 2012

officially, i'm a teacher

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



Eh yeke dah rasmi  sebab surat tawaran dari SPP belum di keluarkan lagi.. Kira jawatan aku sekarang ialah GSST (Guru sandaran siswazah terlatih).  Tapi kira bermula tarikh hari ni aku bukan lagi guru pelatih tapi guru terlatih.  Tak sangka dah tamat zaman belajar.  Kejap je 5 tahun setengah. Oh tak caya lagi..


Tadi lapor diri kat PPD muar. Rase macam loser giler...  Baru sedar selama ni aku banyak bergantung pada kawan. Kalau dulu kat IPG ada tugasan, member boleh ingatkan.  Agak2 lost masa taklimat boleh tanya member. Tapi tadi rasa macam oh ape kah yang dia nak ni? nak tanya orang dah segan *sigh. Sebab aku seorang yang sangat berat mulut..


Perasaan yang sangat berbaur2. 1st day dah dapat tugasan.  Kalau dulu ada kawan boleh share2 tapi sekarang macam haruslah berdiri atas kaki sendiri. Oh Allah...  Rasa keyakinan diri jatuh ke tahap zero. gedebak gedebuk.   Bila masuk prasekolah tadi blurrr gile. Eh ape kena buat eh. Tolongggg!!!



Lepas ni dah tak boleh nak malas2. Kena bangun awal. Dulu kat maktab kelas start pukul 8.  Golek2 mandi 7.30.. Tapi sekarang sekolah start 7.15.  Rasa agak janggal duk rumah sebab biasanya rumah tempat rehat n hilangkan tekanan. Masa kat maktab dulu, nak balik rumah sebab stress kat maktab, tapi sekarang dah lain.  Segalanya berubah.  Oleh itu, diri pun harus berubah. HARUS!


Aku harap aku boleh adapt semua situasi yang menakutkan ni secepat mungkin.  Harini baru 1st day tapi rasa penat gile padahal belum mengajar lagi. Takutnya... Tak suka camni....  Harap esok dan hari2 seterusnya lebih baik daripada harini.  InsyaAllah..  Kita mesti sentiasa bersyukur sebab ada kawan kita menghadapi situasi yang lebih mencabar..  Syukur Ya Allah..









Notakaki : Syukur bukan hanya disebut di mulut tetapi diikuti oleh perbuatan. =)


















love-peace-empathy

Thursday, January 12, 2012

Bermulanya disini

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Debaran pertama -->lepas dah



Debaran kedua --> dah lepas gak =)



Macam biase la hati yang selalu tak menentu. Kadang2 terfikir macam taknak stay kat rumah.  Duduk rumah sewa kan best. Tapi mak macam biasa lah akan menghasut2 aku agar aku tak terpikir nak dok jauh.  Hahaha! Ayat yang biasa digunakan ''sekarang ni bahaya, duk uma sewa sorang. macam2 kes. Kalau ada kawan lak tak satu kepala".  Fine mak.. Dah dapat muar pon mak. Kena bersyukur! Bersyukur! Manusia ni susah sangat nak bersyukur dengan nikmat Allah. 



Aku bersyukur sebab dapat JOHOR & MUAR.   


Debaran ketiga :: sekolah mana la agaknya aku dicampakkan. Tak kesah la sekolah mana pun tapi harap2 suasana sekolah tu aku senang terima dan Guru besar yang menyenangkan hati. Huh apesal ayat tonggang langgang ni. Tension!







love-peace-empathy

Tuesday, January 10, 2012

Berakhirnya sebuah penantian..

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم




Alhamdulillah..
Akhirnya keputusan posting keluar jugak.. Alhamdulillah aku dapat JOHOR.   Bersyukur dengan rahmatMu ini.. Amin..  Sepuluh orang dari budak kelas aku dapat Sabah.  Ada yang sedih, ada jugak yang suka, ada juga yang tak kesah.  Kalau aku, aku pun tak tau aku kategori yang mana sebab sekarang aku bukan berada di tempat diorang.  Apa2 pun tahniah la korang.  Best ape dok sabah, boleh kumpul duit banyak2. Hehe.. Ambillah yang positif untuk tenangkan hati.  Allah adalah sebaik-baik perancang. 

Walaupun aku dah dapat Johor, tapi hati aku tak lah tenang mana.  Keliru sebab aku boleh buat pilihan. Tulah manusia bila dah ada pilihan, pon tak bersyukur.  Tapi memang ye pun. Aku tak suka pada pilihan sebab bila ada pilihan bermakna ada keputusan. Membuat keputusan adalah sesuatu yang paling aku tak suka sebab hati aku tak tetap dan tak nekad. Arrghhh!!

Walau ape pun aku tetap bersyukur dengan rezki Allah.. Malam ni dah boleh tidur dan mimpi sekolah pulak. Huh dah nak habis cuti rupeenya.. Dapat menganggur sebulan lebih je kot. Haha tak bersyukur langsung!



Update : Tak sampai satu hari tiba2 web kpm tu macam kena godam.  Result penempatan bertukar 180darjah. huhuhu. Time tu gelabah tak ingat dunia.  Baru la tau erti bersyukur sebenar-benarnye bila dapat Johor.  Elok2 10 orang kat Sabah dah jadi 4 orang je. 3 orang ke Sarawak, 2 ke Pahang & sorang ke Kelantan. Bertambah sedih lagi orang yang tdapat semenanjung, tiba tertukar ke sarawak. Kesian my rumate. Dah la baru kawen. Tengah pregnant lagi. Sabarlah, ujian dari Allah. My rumet sentiase kuat.









Love-peace-empathy

Monday, January 9, 2012

Penenang hati..

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم





Anas r.a telah melaporkan, Rasulullah s.a.w telah bersabda ketika Allah mencipta Nabi Adam, Adam telah ditinggalkan bersendirian.  Lalu iblis telah mengambil kesempatan dan menjelajah masuk ke dalam seluruh badan nabi Adam ( melalui salur darahnya). Apabila syaitan berhenti pada satu organ (bahagian tengah badan) iaitu hati dan mendapati organ tersebut merupakan bahagian yang paling penting dan mudah dipengaruhi syaitan. (RIWAYAT AHMAD)








***


Diakui hati aku memang mudah sangat terpengaruh dan berbolak balik dalam sekelip mata.  Kadang-kadang aku pun tak tau ape yang hati aku nak.  Jalan terbaik ialah berdoa dan minta yang terbaik.  Kadang-kadang apa yang kita mahu bukanlah yang terbaik untuk kita. Allah maha mengetahui segalanya.


Mood : stress


Stress sebab tunggu keputusan posting. Padahal sebelum ni aku dah tetapkan hati tak kesah pon dapat mana2.  Pasti tu yang terbaik buat kita walaupun pada asalnya kita tak nampak pun dimana hikmahnya.  Tapi bila orang dah mula bercakap2, hati mula tak tenang. Tapi aku tetap tak tau apa yang hati aku nak.  So, aku hanya berserah dan harapkan yang terbaik untuk aku. 




La Tahzan.. Jangan bersedih sesungguhnya Allah bersama kita.













Love-peace-empathy