Tuesday, January 1, 2013

Sentiasa menjadi lebih baik

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih cemerlang dari hari ini.. 


Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan dan esok adalah harapan. Jadikanlah kenangan dihari semalam sebagai pedoman untuk kenyataan pada hari ini untuk terus berharap kejayaan pada hari esok.. 

Ecece dah lama tak jiwa-jiwa ni. Dulu masa sekolah menengah aku rajin sangat jiwa-jiwa ni sampai ada koleksi ayat-ayat dalam hati ada taman. Tapi sekarang entah mana buku tu pergi. rindu kat buku tu T_T.


Hari ini hari pertama dalam tahun baru. Azam?? Biarlah hari ini lebih baik dari hari semalam.. Dengan harapan segala yang aku nak buat selama ni tapi masih belum terlaksana akan masih boleh terlaksana sebelum menutup mata buat selamanya. 

Semua manusia pon memang nak jadi baik. Tapi untuk menjadi baik bukan la sesuatu yang sangat mudah. Lebih-lebih lagi untuk istqamah melakukan sesuatu kebaikan itu.  Aku masih dalam zon on off on off. Camne tu?? Harapan aku agar aku dapat istiqamah dalam melakukan setiap perubahan. Amin.

Bila orang tanya dah lama kerja. Aku jawab baru setahun. Yep memang baru pun. Tapi orang tu akan cakap balik "setahun tu dah lama la tu". Bagi aku setahun ini masih terlalu baru. Baru yang sangat baru. 

Tahun 2012 tahun pertama aku


  • 16 Jan 2012 - Posting. Officially a preschool teacher. Nikmat paling besar tahun ni. Sbb dpt sekolah sekangkang kera dari rumah =)
  • 14 Mac 2012 - Konvo -Ijazah sarjana muda
  • 20 April 2012 - Gaji pertamaku!!
  • 29 Mei 2012 - Mengerjakan umrah. YaAllah sangat tak sangka dapat menjejakkan kaki kat sana.
  • 27 Jul 2012 - Umur +1.. Tempah kereta. Hadiah untuk diri sendiri. kesian =)
  • 2 Ogos 2012 - Beli Handphone. 
  • 16 Ogos 2012 - Aset pertama. Kereta. Alhamdulillah.
  • 20 Dis 2012 - Beli printer. Mahal. Sebab aku bukan jenis orang camni. Penjimat!

Aku ni kategori susah sikit nak beli barang lebih2 lagi bila mahal. Bukan kedekut cuma lebih berkira. Sebab tu perkara-perkara yang orang rasa remeh aku tetap akan catat untuk rujukan sendiri. 

Antara wishlist yang perlu dilaksanakan lagi. Chaiyok!
  • Kawin! Wah gatal!
  • Renovate bilik. Beli katil, aircond. Duit terbang.
  • Beli rumah
  • Buka 1 bisnes.
  • Opss! Hntar parents g haji.. Aminnnn....

SELAMAT MELANGKAH KE TAHUN 2013. SEMOGA LEBIH BAIK DARI HARI SEMALAM!






Mood : Cuak sebab esok hari pertama sekolah. First time handle budak hari first. Harap korang baik2 je.  Cikgu tak garang cuma ...... =)



Love-peace-empathy