Saturday, December 17, 2011

Cuti-cuti Malaysia

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 






5 tahun lebih berada di bumi Pahang tapi kalau orang tanya rumah siti kat mana pon aku tak tahu nak tunjuk. huhu~~ sadis sungguh.

Tapi sepanjang 5 tahun setengah ni sempatlah aku melancong ke beberapa tempat yang ada kat bumi Pahang nan luas ni. Antara tempat-tempat yang pernah dilawati ialah

Taman Negara, Kuala Tahan
Bandar yang paling dekat dengan Kuala Tahan ialah bandar Jeratut. Perjalanan ke sana boleh menggunakan Jalan air dan jalan darat. Jalan raya berada dalam keadaan baik, so kalau drive tu tak perlu takut sangatlah.

Sebelum ke kanopi walk kena sewa bot untuk bawa kita ke seberang.

Perjalanan ke kanopi walk perlu menempuh hutan sejauh 1.5km. Tapi taklah teruk sangat. Sebab jalan tu memang dah biasa orang lalu. 

Oyeh! da Sampai ke kanopi walk.
Sebenarnya tak boleh berhenti di tengah kanopi walk ni. Tapi nak bergambar punya pasal, apa pun boleh. =)
Dewasa : RM5
Kanak-kanak : RM3
Tinggi : 45 meter
Panjang : 550 meter.

Selain itu juga (wah macam buat karangan Bahasa Melayu), kat Taman Negara ni ada Rapids shoooting.  Melalui lebih kurang 7 buah jeram kalau aku tak salah kira la. 

Ni lah bot yang digunakan untuk rapids nanti. Macam tak yakin je.  Masa mula-mula naik terfikir gak kalau tergolek ni macam mana ye. Tapi rupanya tak teruk mana pun. Orang pregnant pun boleh naik. =)



***


Next destination is
Kuala Gandah & Deerland
Kuala Gandah ni terletak di Lanchang Pahang. Apa yang kita boleh lihat di Kuala Gandah ni boleh naik gajah, bagi makan gajah dan memandikan gajah. Aku pergi Kuala Gandah ni pun sebab join rombongan budak2 prasekolah. Kalau tak, tak merasalah agaknya. ='(


Sesi bergambar dengan gajah. Tapi kalau cikgu pun takut nak diri sebelah gajah, apa cer?? Kebetulan. masa kiteorang pergi tu weekday. Time tu, orang tak ramai mana.  So, bolehlah menggedik lama-lama dengan gajah2 tersebut.

Pastu kami ke Deerland yang terletak tak berapa jauh pun dari Kuala Gandah ni.  Yuran masuk deerland bagi dewasa RM5. Kanak-kanak aku tak pasti. Apa yang aku pasti aku pergi sana ditanggung 100%. Kena terima kasih banyak2 kat budak2 pra ni. hehe =P.

Ini antara rusa-rusa yang sedang kelaparan yang ada kat deerland ni. Kesian kat mereka.  Aku rasa diorang saja tak bagi makan. Jadi bila pelawat datang rusa-rusa ni akan datang kat pelawat. hahaha! 

Acara klise :: biasalahkan, sebelum keluar mesti kena bergambar bersama-sama rusa. 

Anak rusa nani baru kembang ekor
Apa salah kami langsung tidak tegur

Ular ni baru lepas salin kulit. Orang tu kata kalau ular yang baru lepas bersalin jangan pegang kasar-kasar.  Pastu ada sorang budak tanya
Q: Kenapa tak boleh pegang kasar-kasar?
A: Kalau orang lain pegang awak kasar-kasar awak suka tak?
Hmm satu jawapan yang baik. Tahniah =)

Kalau ikutkan kat deerland ni ada beruang. Tapi jabatan perhilitan dah ambil sebab diorang cakap beruang ni bawah akta diorang. Mungkin ada beberapa jenis haiwan lagi akan diambil. Kesian kat kiteorang. Tak dapat bergambar dengan Encik Bear. 

Antara haiwan lain kat sini burung unta, kancil, arnab, sesumpah dan beberapa haiwan kecil lain. Kira sangat berbaloi-baloilah dengan yuran masuk.  Kalau esok2 dah ada pra sendiri mungkin boleh bawa ke sini pula. 






love-peace-empathy




EGO kah aku??

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 



Yes, yes n yes. Aku memang sangat ego. Kadang-kadang aku tak pasti aku ego ataupun segan.  Aku sangat susah untuk memulakan sesuatu perbualan esp dengan lelaki. Waima untuk bertanyakan sesuatu yang penting aku akan berfikir "dah takde orang lain ke aku boleh tanya?".  Ego ke aku? Kadang-kadang aku anggap aku ni berat mulut je. Saje nak menyedapkan hati.

Tapi aku rasa aku sangat ego. Sungguh bahaya orang yang ego ni sebenarnya.    Aku tengok kawan aku ni terlampau mengalah. Kadang-kadang kita kena tunjukkan keegoan kita. Salah ke nasihat aku ni? hahahaha!! Tapi, sampai satu hari (ayat cam budak kecik ok) aku minta kawan aku ajar aku untuk kurangkan ego. Kurangkan saja, bukan buang terus. Tehee =). Then kalau aku buat salah dia suruh aku minta maaf. Belajar untuk pujuk orang. Sebenarnya aku sangat geli bila nak pujuk ala2 lemah gemalai ni. Rasa macam bukan jadi diri sendiri. Tapi bila sifu dah suruh tu kena la buat. Huhu..

But, sekarang da jauh dari kawan-kawan. dah takde kawan-kawan yang ada sama kepala hotak dengan aku lagi. so, siapa nak bagi tunjuk ajar kat aku pasni??

***

Perempuan yang ego dalam percintaan (macam aku la tu), sangat susah nak mengaku "ye saya jeles" atau "ye saya marah".  Aku rasa aku macam tak pernah cakap camtu kot.  Tapi lelaki ni paham2 jela kan. Benda sendiri pun boleh fikir.  Perlu ke tanya soalan pelik "awak jeles ke? Apekejadahnya soalan tu? Kena jawab ke soalan camtu? Cuba fikir kalau perkara yang sama berlaku kat tempat dia, apa perasan kau? Takde perasaan? ok Fine.

Oh ye, member selalu cakap aku kias jauh sangat.  Jauh sangat ke? patut orang tak pernah faham. Hahaha padan muka kau! Tapi tu adalah salah satu sifat orang berego tinggi.  Macam mana nak dekatkan sikit kiasan tu? Hmmm...

Tapi walau setinggi mana pun ego aku orang kata hati perempuan ni macam ais. Cepat je cair. Ye itulah aku.  Tapi walaupun aku pemaaf (huu puji diri la pulak)tapi aku bukan seorang pelupa...

Dalam percintaan, perempuan perlu ada sedikit ego agar ego lelaki tak terlalu tinggi. Ye, bila perempuan terlalu kerap meminta maaf, lelaki akan meninggikan egonya setinggi-tingginya. Huh sangat menyampah kepada lelaki jenis ini. Orang dah minta maaf kira baik ye.  Nak sangat tayang ego tinggi-tinggi buat apa. ok terEMO lak pagi-pagi ni.  Tapi setiap pasangan itu kan saling melengkapi. Kalau dapat dua2 ego tak ke perang dunia je? Kalau dua-dua saling mengalah pun macam bosan je? Ok, just be ur self.

Setiap orang ada ego masing-masing. Yang membezakan ialah tinggi atau rendah ego seseorang tu & cara mereka mengawal ego.

ps:: Banyaknya tanda ? kali ni. Ini menunjukkan aku masih tak kenal diri & masih mencari diri sendiri.




love-peace-empathy


5 tahun 5 bulan

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 




5 Tahun 5 Bulan..
Ya, tulisan ni tiada kena mengena dengan buku ini..

                                                         

Sekadar cetusan rasa sebab dah pukul 3 pagi tapi mata segar bugar macam pukul 8 malam.  Oleh itu, daripada membuang masa menghadap muka buku yang takde apa2 tu baik lah menulis disini untuk membuang masa lapang. huhuhuuu~~

Oh ya! 5 tahun 5 bulan. Ya selama itu aku berada di bumi Afzan. Bumi afzan terletak di Kuala Lipis Pahang. 5 tahun lepas atau detailnya 24 Julai 2006 aku mendaftarkan diri sebarai seorang bakal guru pelatih. Rasa 5 tahun setengah tu sangat lama. Pernah terfikir sama ada aku akan berjaya sampai ke puncak atau hanya setengah jalan? Alhamdulillah akhirnya berakhir juga 5 tahun 5 bulan aku.   5 tahun 5 bulan, hanya perlu tambah 5 bulan lagi untuk jadi seorang doktor. Kira profesion guru ni hampir selevel dengan doktor juga ye tak??

Sepanjang 5 tahun setengah ni jugak aku tergolek terlentang, bergelak ketawa bersama 17 orang lagi rakan seperjuangan.  Sepanjang 5 tahun ni tak terungkap kenangan yang telah di cipta. (wah2 mood jiwa2). Pastinya akan sangat2 merindui mereka. 



***


Sepanjang 5 tahun 5 bulan ni juga, dah hafal bak kata orang naik muak *ops* dengan perangai masing2. hehehe! Sampai kadang tu kalau kawan tu tipu pun tau tapi layankan je. Kang ada yang kecik hati. tehee (^_^).


Dengan kawan2 yang sekepala. Selalu nak ajak meronggeng. Time takde fulus pun ada hati nak berjoli gak. Kan kategori tak sedar diri tu. hehe. 

BIG Sg. Mas 2008

BIG 2009 

 BIG Brinchang 2009

Camping 2009



Genting 2009

 Jamuan gerko 2009

Jamuan Kelas 2009

Sukaneka 2010


***


Setelah 5 tahun setengah akhirnya.....  Inilah yang kami dapat dari mereka semua.  Mempersembahkan class reward 2006 - 2011!!!

Inul : Miss keep quiet
Aiza : Miss Workaholic
Ana : Miss Pocoyo
Meya : Miss Innesen
Mai : Miss Whatever
Mimi : Miss Crazy
Dynah : Miss Angry Bird
Dayah : Miss Pot pet pot pet
Dibah : Miss Lady like
Hani : Miss Ewww
Yahere : Miss Savvy
Yana : Miss Tacink
Zura : Miss Mommy
Aje : Miss sweety
Klong: Miss Friendly
Huda : Miss Sleeping Beauty
Iin : Miss Einstein
Nad : Miss Vougee de Vass


Sayang korang ketat2. Saranghae!

Now, tengah tunggu surat posting datang bergolek2 depan mata. eheh! Tapi aku sendiri tak tahu apa yang hati aku nak. Aku juga tak tahu nak harap dapat sekolah mana. Sama ada area Johor atau tempat lain. Tapi aku percaya rezeki Allah tu ada kat mana-mana je. So, di mana aku di postingkan tu ada la hikmah disebalik semua kejadian tu.  Allah adalah sebaik2 perancang.


Ya Allah permudahkan segalanya....








love-peace-empathy

Tuesday, November 8, 2011

Exam

gambar hiasan

Exam mode. Good Luck untuk kawan2 sekelas dan se IPG serta IPG2 yang lainnya. 

Rabu [9 nov]: EDU 3108 > 2.30-5.00ptg
Khamis [10 nov] : EDU 3109 > 2.30-5.00ptg
Isnin [14 Nov] : PRA 3114 > 2.30-5.00ptg
Dewan Darul Makmur

Ya Allah, permudahkan segalanya...


Sabda Rasulullah S.A.W : 'Sesiapa yang menempuh suatu jalan mencari ilmu, maka ALLAH akan menunjukkan jalan yang perlu ditempuhnya untuk menuju syurga.'

Monday, November 7, 2011

LOSER!!!

credit : google

Hari ini dalam sejarah. terasa diri sangat2 LOSER apabila berjalan seorang diri, bershoping seorang diri  makan seorang diri dan pulang ke kolej seorang diri tanpa rakan mahupun sesiapa yang dikenali. huhu.. sadis sungguh. Berjalan tanpa arah tuju dan paling utama tanpa fulus. Yaa.. duit sangat penting. Walaupun duit bukan segala-galanya tapi every single thing need money. Oh yeahh!!


Bagaimanakah seseorang boleh menjadi LOSER??
1. Bila kawan anda semua dah punya kenderaan sendiri atau tumpangan maka tinggallah kau sorang menaiki kenderaan awam pulang ke kampung halaman / kolej.
2. Bila kawan anda dah punya skandal atau pakwe, sila jangan harap dia akan mempelawa anda "nak balik sekali?" kalau dia ajak pun, anda ada rasa nak join ke? pasti tidak. 
3. Bila kawan anda tak sesekema, maka beliau memilih pulang lewat, maka pulanglah kau bersendirian.  oh padan muka =P 
4. Oleh itu anda tidak boleh atau kurang boleh mempercayai kawan anda yang ada pakwe @ skandal kerana mereka akan meninggalkan anda bila-bila masa sahaja sebab pakwe beliau boleh menghantar beliau tanpa mempelawa anda sedikit pon.  Oleh itu, sila percaya kepada diri sendiri dan belajar berdikari. Peace no war!

**anda disini ialah aku sendiri =(




Info : Berjalan tanpa matlamat / arah tuju makruh hukumnya ye. =)