Tuesday, November 27, 2012

Saya suka jadi cikgu!

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Baca tajuk macam tak ikhlas je kan..


Orang selalu kata cikgu selalu merungut-rungut dengan banyak kerja kononnya. Padahal gaji dah besar tapi kerja malas. Ok tipulah kalau takde cikgu yang malas mengajar dan bermasalah kat sekolah. Tapi jangan lah sebut macam semua cikgu buat silap yang sama.


Orang jugak selalu banding beza guru dengan kerjaya-kerjaya lain contohnya doktor, enginer dan bla bla bla. Cikgu kerja dari 7.30 pagi dan balik paling awal 1.15 petang. Mesti orang akan cakap untung la kerja 5 jam gaji riban-riban. *ok fine, Sapa suruh tak jadi cikgu.  Pastu orang akan cakap lagi kerja doktor lagi teruk oncall lewat malam n tak kira masa. Aku tak pakar sangat pasal kerjaya lain tapi sikit-sikit aku tau la. Tapi mereke2 kalau outstation boleh claim. Maknanya kalau kerja lebih boleh claim.  Kalau oncall berbayar. Tapi cikgu buat kerja lebih tak dibayar ok. Takde pun cikgu kalau kena escort budak pergi perkhemahan, latihan pusat atau bla bla bla dibayar ye. Claim perjalanan pun tak tentu dapat. Kalau dapat kira rezeki. Tapi tu cikgu-cikgu tak merungut pun.


Point lain. Kalau doktor kerjaya hanya merawat pesakit sahaja. Yep hanya merawat pesakit. Aku tak pernah lagi dengar doktor tu kene pungut yuran, kena cari pesakit, kena buat 1 pesakit 1 fail. Yeah maybe ada tapi untuk kes-kes tertentu dan bukannya berterusan. Doktor juga takda kena ambil berat pasal ekonomi, latar belakang pesakit, kerja pengkeranian. Doktor setahu aku takda buat benda-benda camtu. Tapi cikgu semua tu dia buat dalam masa yang sama mengajar mesti tip top. Napa amik contoh doktor? Nggee sori fat. O.o


Aku sikit pun tak merungut dengan kerja-kerja tambahan *nampak nau nipunya  tapi aku pantang sangat bila orang kata cikgu tak mengajar. Sekolah aku je ada 2 orang cikgu kene tonsil. Aku takut aku pun akan kena jadi azam tahun baru yag kedua taknak jerit-jerit lagi. Hahahaha! Bajet!


Bagi aku sistem-sistem online yang seperti cendawan tumbuh selepas hujan  sampaikan aku pun tak tahu jadah apa Shortform2 SMPK, SKPM dan banyak lagilah yang digunapakai pastu bila taklimat diorang ni sebut yang mana ni. Muahaha! Kalau nak guna sistem online kenapa server mesti macam mintak kena maki. Pastu, kalau dah ada sistem online nape mesti nak pakai kertas lagi Kita kan negara membangun nak ke negara maju patutnya dah paperless. Tapi still nak suruh buat 1 matapelajaran 1 fail. So satu murid sepatutnya ada lebih kurang 9 fail. Takkan fail kosong, mesti ada kertas kan. Aku bukan apa, aku kesian kat bumi kita. Bumi kita ni dah uhuk-uhuk. Kesian jugak kat pokok. Nanti pokok takde macamana kita nak bernafas di dunia yang fana' ni.


Kesimpulannya, walau apepun aku tetap akan menjadi insan yang bersyukur. Yela nanti orang kata kufur nikmat lak. Mana tak nya kan berebut-rebut orang nak jadi cikgu ni. Nak kawen ngan cikgu pun ramai gak. Hihi. Ye dak???


Adoi.. Apesal harini aku membebel panjang sangat! Takde orang nak nanti oiii! Sekian peace!!!!



Pst: Saya suka jadi cikgu, tapi saya tak harap nak jadi cikgu sampai umur 60. Pensyarah xpe. Gila kau umur 60 tu dah kena main ngan cucu-cucu je. Nanti murid-murid panggil aku nenek. Haha!


Love-peace-empathy

2 comments:

zizi ziha haha mohamad said...

ko tau kenapa ramai orang nak kawen ngn cikgu. sebab ckgu keje pukul 7 smpai 1 ptg jek.pas pkul 1 leh fokus pada keluarga.

jgn membazir air liur utk terangkan kt orang tentang hakikat kerja kita. iyakan aje.

iya, mse kerja kite singkat.iya,gaji kita rian riban.iya kerja kita senang. paling iya,setiap x cuti sekolah,kita pun cuti.gaji masuk.penuh lagi.

oh syoknye jadi cikgu. ^_^
haha

pencintabumi said...

iye.. pasni xmo dah terangkan pape lg. iye dan iye je. haha!