Tuesday, November 27, 2012

All in one

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم




Tik tok tik tok. Jam menunjukkan pukul 2.44 am. Mata aku masih belum mengantuk kerana melayan gambar2 di muka buku. Cemburunya tengok orang dah kawen. Aku bila agaknya. Monolog dalaman. Taknak fikir paasal tu. Tiba2 teringat eh aku ada blog rupanya. Terus klik url. Hmm dah 5 bulan tak menjengah. Motif?? Tiada.


***



Dah setahun atau kira hampir setahun aku jadi cikgu. Yahh sudah setahun. Macam tak percaya kan. Cubit pipi. Sila percaya. Kerana aku masih mengharapkan aku bukan berada disini dan masih bersuka ria tanpa memikirkan tanggungjawab yang serius. Orang kata kerjaya cikgu senang. Lebih-lebih lagi aku cikgu Tadika Prasekolah ni. Yela ajar budak ABC 123.  Meh tengok orang yang cakap tu kerja apa. Kalau bukan kerja cikgu baik toksah cakap camtu. Sebab aku percaya semua kerja pun susah jadi buat apa nak cemburu dengan kerjaya orang.  

Tahun 2013 akan menyaksikan kelahiran sulung anak-anak didikku. Fuh2 cuak semua ada. Kalau ada yang masuk pemulihan mesti semua dok pakat tuding jari kat aku.  Tahun pertama boleh bagi alasan tiada pengalaman. Next, next dan next?? Tak pe tu lain tahun kita fikir.  

Aku sentiasa berharap dan berdoa aku terus bertabah dengan kerjaya ni. Orang kata the beginning is always the hardest.  Aku pun harap begitu. Aku berharap setahun ini masih boleh dianggap permulaan juga. Sedapkan hati sendiri.



Walaupun dengan mereka aku selalu marah-marah. Tapi mereka-mereka juga selalu buat aku tertawa. 
Nice huh? =)


Hari semakin kesiangan. Harus ketiduran. Selamat Malam Dunia!


ps: Azam tahun baru nak jadi cikgu yang garang. Padan muka anak murid aku tahun depan. HAHAHA!!!



LOVE-PEACE-EMPATHY

No comments: