Monday, December 10, 2012

Lagi bertukar status.

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم




Rasa seperti sama dengan minggu lepas. Seorang lagi kawan aku menamatkan zaman bujangnya. Yeay! dengan kelas yg ni terasa benar-benar tergugat kerana

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




Lebih separuh kelas telah dimiliki secara official nya. yg xde nama tu bermakna status tidak dijumpai. Ngeee. Hurm.. Antara ayat-ayat yang mencabar tercabar bila bila didengar ialah "kau bila lagi" cliche kan? Bosan la. Boleh tak bagi soalan lain bila jumpa. Asik mengadap soalan tu tiap kali. Boleh mimpi ngeri aku.


Apepun Selamat pengantin baru buat Nadia Sabri, semoga menjadi isteri solehah dan dapat melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah..Amin.. Ucapan sama je kan. Nak buat camna, kalau orang kawen, gitu la ucap nya..




At homestay. Tapi tak berbayar. hehe. Untung larr.. Thanks dayah. Muah2






Niat ambil gambar sebab nak tayang hadiah besarrrr!!




Yg hadir dan yg sempat aku jumpa.. Lect pun datang. Fuhh untung la..






Pengantin!!!





Love-peace-empathy






Monday, December 3, 2012

Selamat pengantin Baru!!

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Pertama-tamanya tahniah diucapkan untuk seorang lagi sahabat sekolah Menengah aku Fatin Amira Dewi binti Agus Salim. Semoga menjadi Isteri yang soleh dan melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah. Aminn..


Lokasi :: Kg Sarang Buaya, Semerah
Ini die. Kami bertujuh. termasuk bebi 8. Hehe. Tahniah!!




Kalau boleh kat gambar kelas nak bulat satu2 muka. Yg dah kawen kita bulatkan. So kita boleh tengok mana lagi ramai single or married, Ngee~~ nanti tak lah rasa aku ni dah lewat sangat tetap masih single orang lain dah keluar 2 bebi dah.


Ni masa form 4. Nama guru kelas ust Che Ku Ahmad Zamri. 
Wah tak sangka aku ingat lagi. hehe

Ni form 5. Nama guru kelas Puan Fauziah. Nama penuh tak tau. Nggee~~.


mood :: Bila turn aku ni.

Pstt:: Teruja sebab 1st time drive sejauh tu. hehe.  Minggu depan kawan maktab pulak. =))





Love - peace - empathy

Tuesday, November 27, 2012

Saya suka jadi cikgu!

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Baca tajuk macam tak ikhlas je kan..


Orang selalu kata cikgu selalu merungut-rungut dengan banyak kerja kononnya. Padahal gaji dah besar tapi kerja malas. Ok tipulah kalau takde cikgu yang malas mengajar dan bermasalah kat sekolah. Tapi jangan lah sebut macam semua cikgu buat silap yang sama.


Orang jugak selalu banding beza guru dengan kerjaya-kerjaya lain contohnya doktor, enginer dan bla bla bla. Cikgu kerja dari 7.30 pagi dan balik paling awal 1.15 petang. Mesti orang akan cakap untung la kerja 5 jam gaji riban-riban. *ok fine, Sapa suruh tak jadi cikgu.  Pastu orang akan cakap lagi kerja doktor lagi teruk oncall lewat malam n tak kira masa. Aku tak pakar sangat pasal kerjaya lain tapi sikit-sikit aku tau la. Tapi mereke2 kalau outstation boleh claim. Maknanya kalau kerja lebih boleh claim.  Kalau oncall berbayar. Tapi cikgu buat kerja lebih tak dibayar ok. Takde pun cikgu kalau kena escort budak pergi perkhemahan, latihan pusat atau bla bla bla dibayar ye. Claim perjalanan pun tak tentu dapat. Kalau dapat kira rezeki. Tapi tu cikgu-cikgu tak merungut pun.


Point lain. Kalau doktor kerjaya hanya merawat pesakit sahaja. Yep hanya merawat pesakit. Aku tak pernah lagi dengar doktor tu kene pungut yuran, kena cari pesakit, kena buat 1 pesakit 1 fail. Yeah maybe ada tapi untuk kes-kes tertentu dan bukannya berterusan. Doktor juga takda kena ambil berat pasal ekonomi, latar belakang pesakit, kerja pengkeranian. Doktor setahu aku takda buat benda-benda camtu. Tapi cikgu semua tu dia buat dalam masa yang sama mengajar mesti tip top. Napa amik contoh doktor? Nggee sori fat. O.o


Aku sikit pun tak merungut dengan kerja-kerja tambahan *nampak nau nipunya  tapi aku pantang sangat bila orang kata cikgu tak mengajar. Sekolah aku je ada 2 orang cikgu kene tonsil. Aku takut aku pun akan kena jadi azam tahun baru yag kedua taknak jerit-jerit lagi. Hahahaha! Bajet!


Bagi aku sistem-sistem online yang seperti cendawan tumbuh selepas hujan  sampaikan aku pun tak tahu jadah apa Shortform2 SMPK, SKPM dan banyak lagilah yang digunapakai pastu bila taklimat diorang ni sebut yang mana ni. Muahaha! Kalau nak guna sistem online kenapa server mesti macam mintak kena maki. Pastu, kalau dah ada sistem online nape mesti nak pakai kertas lagi Kita kan negara membangun nak ke negara maju patutnya dah paperless. Tapi still nak suruh buat 1 matapelajaran 1 fail. So satu murid sepatutnya ada lebih kurang 9 fail. Takkan fail kosong, mesti ada kertas kan. Aku bukan apa, aku kesian kat bumi kita. Bumi kita ni dah uhuk-uhuk. Kesian jugak kat pokok. Nanti pokok takde macamana kita nak bernafas di dunia yang fana' ni.


Kesimpulannya, walau apepun aku tetap akan menjadi insan yang bersyukur. Yela nanti orang kata kufur nikmat lak. Mana tak nya kan berebut-rebut orang nak jadi cikgu ni. Nak kawen ngan cikgu pun ramai gak. Hihi. Ye dak???


Adoi.. Apesal harini aku membebel panjang sangat! Takde orang nak nanti oiii! Sekian peace!!!!



Pst: Saya suka jadi cikgu, tapi saya tak harap nak jadi cikgu sampai umur 60. Pensyarah xpe. Gila kau umur 60 tu dah kena main ngan cucu-cucu je. Nanti murid-murid panggil aku nenek. Haha!


Love-peace-empathy

All in one

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم




Tik tok tik tok. Jam menunjukkan pukul 2.44 am. Mata aku masih belum mengantuk kerana melayan gambar2 di muka buku. Cemburunya tengok orang dah kawen. Aku bila agaknya. Monolog dalaman. Taknak fikir paasal tu. Tiba2 teringat eh aku ada blog rupanya. Terus klik url. Hmm dah 5 bulan tak menjengah. Motif?? Tiada.


***



Dah setahun atau kira hampir setahun aku jadi cikgu. Yahh sudah setahun. Macam tak percaya kan. Cubit pipi. Sila percaya. Kerana aku masih mengharapkan aku bukan berada disini dan masih bersuka ria tanpa memikirkan tanggungjawab yang serius. Orang kata kerjaya cikgu senang. Lebih-lebih lagi aku cikgu Tadika Prasekolah ni. Yela ajar budak ABC 123.  Meh tengok orang yang cakap tu kerja apa. Kalau bukan kerja cikgu baik toksah cakap camtu. Sebab aku percaya semua kerja pun susah jadi buat apa nak cemburu dengan kerjaya orang.  

Tahun 2013 akan menyaksikan kelahiran sulung anak-anak didikku. Fuh2 cuak semua ada. Kalau ada yang masuk pemulihan mesti semua dok pakat tuding jari kat aku.  Tahun pertama boleh bagi alasan tiada pengalaman. Next, next dan next?? Tak pe tu lain tahun kita fikir.  

Aku sentiasa berharap dan berdoa aku terus bertabah dengan kerjaya ni. Orang kata the beginning is always the hardest.  Aku pun harap begitu. Aku berharap setahun ini masih boleh dianggap permulaan juga. Sedapkan hati sendiri.



Walaupun dengan mereka aku selalu marah-marah. Tapi mereka-mereka juga selalu buat aku tertawa. 
Nice huh? =)


Hari semakin kesiangan. Harus ketiduran. Selamat Malam Dunia!


ps: Azam tahun baru nak jadi cikgu yang garang. Padan muka anak murid aku tahun depan. HAHAHA!!!



LOVE-PEACE-EMPATHY

Thursday, May 24, 2012

Suka sama laki orang??

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Hoho... tajuk macam nak mintak orang simbah asid kat muka sendiri. T_T.  Haish dulu-dulu selalu dok ngate kenapa la orang ni suka amik laki orang. Tak kesian ke kat bini dia. Perempuan haruslah memahami perasaan wanita. ececeh.. Dah takde lelaki lain ke?? dan macam-macam orang aku kata sebab tak kena kat batang hidung sendiri. huahuahua....


Tapi sekarang bukanlah dah kena dengan batang hidung tapi sipi-sipi je.. Dulu hidup xde jumpe laki orang. Sebab student kebanyakkanya single mingle tak kawen, bujang n forever alone. Tapi bila dah masuk alam pekerjaan ni, kiri kanan laki orang sampai nak cari orang bujang pun takde. ooppsss!   Kenapa la dua tiga empat lima menjak ni terbekenan lak dengan laki orang. Laki orang jugak yang kau berkenan. Hahaha! sungguhpun begitu  insyaAllah aku
takkan amik laki orang. Suka je kot, bukan nak ajak kawen pun. Perempuan ni kan memang macam tu. Cepat jatuh hati dan cepat berubah hati. Hahahaha!!


Bagi aku kalau nak amik laki orang pun biarlah kita nampak lebih perfect dari isteri 1st dia.  Agak2 kalau lagi teruk, tak pandai masak, agama pun kurang, muka pun tak berapa nak cantik harap muda je baik toksah kot. Cari laki bujang je.. hahaha! Sebab orang akan cakap "la biasa je bini muda die ni. ape yg dia pandang??"  Tapi lagi bagus tak payah ambik orang punya sebab kita pun tak suka orang amik kita punya kan. Kalau ada yang single mingle tu terima jela.. Kita pun bukan perfect mane.. ye dak? 




LOVE - PEACE - EMPATHY