Wednesday, May 16, 2012

Hari guru pertama





Thanks semua.. 


SELAMAT HARI GURU 2012

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

18 tahun dulu, aku di sebuah pondok merah di tepi jalan pinggir bandar dan dikenali sebagai TADIKA.  Kat situ la aku mula mengenal erti ilmu. Walaupun aku tak ingat macam mana aku leh pandai baca, macam mana Cikgu Su ajar aku dulu sampai aku pandai baca ek?? Sampai sekarang aku pikir sebab konon bajet nak aplikasi kan benda tu kat anak murid aku sekarang.  Sebab orang kata pengalaman sendiri lebih bagus. Tapi aku rasa murid sekarang tak macam murid dulu. Murid dulu senakal2 pun masih takut juga kat cikgu. Tapi murid sekarang, depan cikgu pun selamber je buat peel..

Masa aku kat sekolah rendah dulu, aku paling takut kat cikgu BI. Aku tak tau la kenapa. Walau dah 6 tahun belajar tapi bodohnya macam tu juga. Memang sadis.  Kalau dikenang2 aku rasa nak patah balik masa zaman sekolah rendah dulu. Pastu taknak tua, taknak besar dan taknak kerja.  Aku ingat lagi masa sekolah rendah dulu, tak sabar gila nak besar. Bajet bila dah besar muka jadi cun, jadi perempuan melayu terakhir. HAK hak. Tapi aku rasa macam tak jauh beza je perangai & fizikal dulu dan sekarang. Hak3.  

Kalau dulu rasa takut, tak suka, menyampah dan sewaktu dengannya bila cikgu marah2.  Sekarah diri sendiri dah sedar, insaf dan taubat.. Baru tau kenapa la dulu cikgu tu mara aku. hoho~~ Sekarang dah pandai fikir, kalau cikgu marah-marah sampai terkeluar anak tekak suruh belajar, mara bila tak buat kerja rumah, tak bagi perhatian masa cikgu ajar sebab satu je,.... Cikgu tu nak kita dapat apa yang dia ajar. Tu je yang dia minta sebab cikgu takkan minta duit. 

Bagi aku, walaupun cikgu di bayar gaji yang sikit, tapi dia tetap akan mengajar seolah2 gaji dia RM 10 000. Hanya satu je yang dia mahukan.  Apa yang di ajar, murid faham dapat dan ingat.   Teringat aku kata2 seorang kawan lepas habis satu topik cikgu mesti akan tanya "faham tak?" "understand?". Kalau murid jawab " faham" "yes" cikgu tu dah boleh lepas nafas lega. Rasa macam satu beban dah selesai.  Terkenang aku masa belajar Add math, setiap kali mesti cikgu tu akan tanya dua kali sebab kali pertama memang takkan ada orang jawab. Bila kali kedua dengan nada tinggi "faham kelas???" baru la berjawab "fahammm" tu pun dengan nada yang ala2 tak makan 3 hari sebab memang tak faham. Ok cikgu sekarang saya dah faham perasaan cikgu. huhu T_T.



Cikgu mengajar macam nak rak, suara hilang tekak sakit tapi cikgu tak harap apa-apa balasan pun. Biarlah apa pun murid kita nak jadi esok, asalkan dia berjaya. Biarpun dia jadi Perdana menteri, doktor, peguam tapi cikgu takkan harap esok-esok kalau anak murid aku berjaya aku juga yang senang. Takkan.. Takkan berharap macam tu. Cikgu hanya nak menumpang sedikit kegembiraan kerana kejayaan anak muridnya.  

Kalaulah mereka tau itu semua, dan aku tau itu dulu, mungkin aku takkan jadi cikgu sekarang =)

SELAMAT HARI GURU 2012.


GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA 




psstt :   Sejak dua tiga menjak aku jadi cikgu ni, makin kerap aku jumpe cikgu zaman sekolah rendah dulu. Tapi kenapa aku tengok cikgu2 tu macam tak berubah pun. Sama je macam 10 tahun lepas.  Cikgu tu yang evergreen atau aku yang nampak matang. Oh apekah??
















LOVE - PEACE - EMPATHY

Tuesday, May 15, 2012

GURU OH GURU



Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Usman Awang
1979

Friday, March 16, 2012

1403012 - Hari ini dalam sejarah

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Saat2 yg ditunggu oleh mahasiswa mahasiswi pastilah hari graduasi.. macam tu jugak aku. yela.. org graduate berkali-kali. Aku pulak ni lah sekali.. Pasni xtau la lagi bile pulak.. huhu.. Seronoknye bukan berkonvo, tp bila dapat jumpa kawan2. padahal tak sampai 3 bulan berpisah.. Pasni ni memang tak harap la dapat jumpa lagi. Sedih T_T.




Love  love love love u ayah mak 


Muka2 ni la aku hadap 5 tahun setengah =)


Tanx banyak2 untuk mak ayah along wa ika jaja dan die sebab sudi datang jauh2.. Saranghae <3 <3






love - peace - empathy

Wednesday, February 8, 2012

Rindukan masa lalu.

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Bila dah rasa susah, baru la perkara lepas di kenang-kenang. Biar pun orang kata barang yang lepas jangan dikenang tapi aku nak kenang juga. huhu..

Bila dah rasa kesusahan kerja walaupun gaji tak tahu nak masuk bila *eh ada kene mengena ke?* tapi tetap merindui zaman belajar dulu. Tak kesah la sekolah rendah, menengah atau maktab, asal zaman belajar. Huhu sadis lg T_T. 

Biarpun belajar tu susah, tapi kerja lagi susah. Lebih-lebih lagi bila jauh dengan kawan.kawan. Kalau tak paham pun tak tahu nak tanya sape. Kalau sekali tak pela. Ni untuk orang yang lampi macam aku ni, kena tanya berkali-kali. Sape nak layan. Huhu sedih lagi. T_T.

Apa pun perjuangan harus diteruskan. Takkan penat-penat berjuang 5 tahun setengah tapi baru 5 minggu mengajar da pancit kot? Kuatkan hati kuatkan jiwa. Allah sentiasa bersamaku.. 

BERKAWAN BIAR SAMPAI SYURGA





love-peace-empathy