Wednesday, May 16, 2012

SELAMAT HARI GURU 2012

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

18 tahun dulu, aku di sebuah pondok merah di tepi jalan pinggir bandar dan dikenali sebagai TADIKA.  Kat situ la aku mula mengenal erti ilmu. Walaupun aku tak ingat macam mana aku leh pandai baca, macam mana Cikgu Su ajar aku dulu sampai aku pandai baca ek?? Sampai sekarang aku pikir sebab konon bajet nak aplikasi kan benda tu kat anak murid aku sekarang.  Sebab orang kata pengalaman sendiri lebih bagus. Tapi aku rasa murid sekarang tak macam murid dulu. Murid dulu senakal2 pun masih takut juga kat cikgu. Tapi murid sekarang, depan cikgu pun selamber je buat peel..

Masa aku kat sekolah rendah dulu, aku paling takut kat cikgu BI. Aku tak tau la kenapa. Walau dah 6 tahun belajar tapi bodohnya macam tu juga. Memang sadis.  Kalau dikenang2 aku rasa nak patah balik masa zaman sekolah rendah dulu. Pastu taknak tua, taknak besar dan taknak kerja.  Aku ingat lagi masa sekolah rendah dulu, tak sabar gila nak besar. Bajet bila dah besar muka jadi cun, jadi perempuan melayu terakhir. HAK hak. Tapi aku rasa macam tak jauh beza je perangai & fizikal dulu dan sekarang. Hak3.  

Kalau dulu rasa takut, tak suka, menyampah dan sewaktu dengannya bila cikgu marah2.  Sekarah diri sendiri dah sedar, insaf dan taubat.. Baru tau kenapa la dulu cikgu tu mara aku. hoho~~ Sekarang dah pandai fikir, kalau cikgu marah-marah sampai terkeluar anak tekak suruh belajar, mara bila tak buat kerja rumah, tak bagi perhatian masa cikgu ajar sebab satu je,.... Cikgu tu nak kita dapat apa yang dia ajar. Tu je yang dia minta sebab cikgu takkan minta duit. 

Bagi aku, walaupun cikgu di bayar gaji yang sikit, tapi dia tetap akan mengajar seolah2 gaji dia RM 10 000. Hanya satu je yang dia mahukan.  Apa yang di ajar, murid faham dapat dan ingat.   Teringat aku kata2 seorang kawan lepas habis satu topik cikgu mesti akan tanya "faham tak?" "understand?". Kalau murid jawab " faham" "yes" cikgu tu dah boleh lepas nafas lega. Rasa macam satu beban dah selesai.  Terkenang aku masa belajar Add math, setiap kali mesti cikgu tu akan tanya dua kali sebab kali pertama memang takkan ada orang jawab. Bila kali kedua dengan nada tinggi "faham kelas???" baru la berjawab "fahammm" tu pun dengan nada yang ala2 tak makan 3 hari sebab memang tak faham. Ok cikgu sekarang saya dah faham perasaan cikgu. huhu T_T.



Cikgu mengajar macam nak rak, suara hilang tekak sakit tapi cikgu tak harap apa-apa balasan pun. Biarlah apa pun murid kita nak jadi esok, asalkan dia berjaya. Biarpun dia jadi Perdana menteri, doktor, peguam tapi cikgu takkan harap esok-esok kalau anak murid aku berjaya aku juga yang senang. Takkan.. Takkan berharap macam tu. Cikgu hanya nak menumpang sedikit kegembiraan kerana kejayaan anak muridnya.  

Kalaulah mereka tau itu semua, dan aku tau itu dulu, mungkin aku takkan jadi cikgu sekarang =)

SELAMAT HARI GURU 2012.


GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA 




psstt :   Sejak dua tiga menjak aku jadi cikgu ni, makin kerap aku jumpe cikgu zaman sekolah rendah dulu. Tapi kenapa aku tengok cikgu2 tu macam tak berubah pun. Sama je macam 10 tahun lepas.  Cikgu tu yang evergreen atau aku yang nampak matang. Oh apekah??
















LOVE - PEACE - EMPATHY

No comments: