Monday, January 24, 2011

BBM oh BBM

Assalamualaikum...

Menjadi cikgu praktikum prasekolah memang sangat memenatkan. Sangat2.. Stress. nasib aku siuman lagi je sebab aku rase sikit lagi nak biol kot. huhu..

Tahun ni aku pun da last year. So aku nak mengabdikan BBM yang pernah aku buat kat sini sebelum benda tu terkubur camtu je. Yela takkan aku nak bawa balik kot? Jenuh.

Ni lah hasil penat lelah aku seorang. *ada gak bantuan kawan2.

Fasa I


Roda yang boleh berpusing2.. yehaaa!!!

Fasa II


Ntah pape je.. dah la rongak2. konon kreatif padahal malas. ok~


Hajat hati nak wat ala2 token ekonomi la konon2nya. Tp... Budak sekarang tak makan saman. Makan nasi je banyak tapi belajar malas. Macam aku dulu jugak la.. Dah umpan macam2 pon, nakal semacam dua tiga empat macam gak. Nasib badan...


Ni aku namakan Dam Gergasi. Nak buat macamana. Dam paling besar yang pernah aku & member aku hasilkan.  "Dam itu besar seperti Gergasi" ok kan?

Sebelum benda ni jadik artifak, baik la aku bersemadikan dalam blog ni. 
Notakaki : Apa la idea aku untuk fasa 3 ni ek? Harap semua akan berjalan lancar.





Tuesday, January 18, 2011

Sukarnya membuat pilihan..


Dalam dunia ni seringkali kita diberi dengan bermacam2 pilihan. Dan biasanya pilihan tu mesti mengelirukan sebab kedua2nya pasti ada kebaikan dan kelemahan masing-masing. Hari ni aku dipaksa dan terpaksa membuat pilihan lagi. Antara dua darjat sekolah.

SK BUKIT PIATU vs SK DAMAK

Sekolah mana yang terbaik untuk aku? Satu kampung satu Bandar. Satu ramai murid, satu kurang murid.

Apa2 pon pilihan aku, aku tau ALLAH dah merencanakan yang terbaik buat hambanya. Setiap kejadian pasti ada hikmah yang perlu kita terokai. Aku harap aku jumpa hikmah tu cepat2 supaya aku reti nak bersyukur..
SELAMAT BERPRAKTIKUM. WISH ME LUCK!

Nota kaki: Aku tak suka memilih. kadang2 ada bagusnya kalau tiada pilihan...

Update : keputusan da dibuat dan aku terpaksa memilih Sekolah Bukit Piatu. Tapi aku masih lagi mengharap agar dapat ditukarkan ke sekolah yang lebih kecil. Meminta dari ALLAH sampai ALLAH kesian.. 

Allah maha pemurah

Assalamualaikum..
satu ilmu baru aku dapat jumaat hari tu..Dari DRA
Satu ilmu ni yang aku tau,

"kalau kita sediakan makanan untuk orang berbuka puasa, pahala yang kita dapat sama dengan orang berbuka tu ditambah lagi dengan pahala menyediakan makanan berbuka."

tu adalah ilmu yang pertama. Ilmu yang kedua pula

"Sesiapa yang menyediakan makanan bagi mereka yang pulang mengerjakan solat jumat, pahalanya sama seperti mereka yang solat jumaat ditambah dengan pahala menyediakan makanan"

kesimpulannya: lecturer aku sebenarnya tak bagi tido petang. tp die kata kalau lum kawin xpe tidola... PEACE!

~~nak cari suami dunia akhirat~~

Sunday, January 16, 2011

proses atau hasil?

Tajuk ni di ilhamkan masa aku tengah buat Action Research,(nak cakap omputih gak).  Mane lagi penting? Bagi aku kedua-duanya adalah penting tetapi yang lebih penting adalah proses.

Analoginya (bahasa nak gempak) makanan nampak enak tetapi bagaimana prosesnya? entah2 dapur kotor nauzubillah. tak pun tengah masak terhiris jari lalu jadilah raja bersiong. sedangkan hasilnya sedap. kan2? konsep ni same je macam pendidikan negara kita. lebih mementingkan hasil dari proses. Hanya mementing A's daripada proses pengajaran yang tonggang terbalik asalkan silibus habis. Betul ke cara ni?



Lalu lahirkan pelajar-pelajar seperti yang kita lihat sekarang. IQ tinggi tapi EQ dan SQ oh sangatlah rendah ok.  Inilah hasilnya jika tidak mementingkan proses tetapi hanya mementingkan hasil saja.

Negara Semakin Maju tapi Ketamadunan Rakyat Semakin Mundur. Inilah hakikat yang perlu kita terima.

Nota kaki: Selamat menyiapkan proposal Kajian tindakan.

Friday, January 14, 2011

Selingan...

Benih yang baik
Jika jatuh ke laut menjadi pulau,
Jatuh ke darat menjadi gunung..




Namun tidak semua yang baik itu menjadi dan yang buruk terus terkubur...

Thursday, January 13, 2011

Definisi Baik

Assalamualaikum...

Selemah2 ukhuwah adalah bersangka baik. Tapi susahnya aku nak bersangka baik pada seorang hamba Allah merangkap sahabat aku jua.  Kadang-kadang kita fikir kita da cukup baik. baikkah kita? cuba telek, tenung dan kaji kita dari aspek yang lain pula bagaimana?

Kalau benar kita baik kenapa ramai yang tidak sukakan kita?Cubalah kaji sedalam2nya adakah cara yang kita gunakan mampu menjadikan orang lebih baik atau sebaliknya. 

Kat sini aku nak cakap definisi baik tu terlalu luas. Penulis novel Hlovate pon ada ulas pasal definisi baik ni. *dalam novel ape lupa la pulak. Aku suka cara penulis ni ulas. Tp aku nak cakap semua orang adalah baik. kalau tak, xkan orang akan cakap "dia baik tp......" atau pon "Dia ...... tp sebenarnya die baik." tgk? semua orang adalah baik tp baik itu sesuatu yang sangat2 subjektif. 

Masing2 pon boleh pikir kan?

Berkawanlah selagi ada hati... Bercintalah selagi ada yang sudi...

Wednesday, January 12, 2011

Keadilan

Welcome to my 1st entry. kire 1st la yang lepas tu mukadimah je. huhu

Amaran!! tiada kaitan dengan mana2 isu politik.

Ma makna ADIL. orang selalu salah faham maksud adil kan? aku nak beritahu makna adil yang paling senang orang faham. ADIL beerti meletakkan sesuatu pada tempatnya. See? bukannya bahagi sama rata. Ok kalau ada tak puas hati sila angkat tangan. 

Untuk suami2 yang mempunyai isteri lebih dari satu, sila prihatin ye. Jika isteri A anda belikan 7 ekor ikan, tidak bermakna isteri B pon anda perlu belikan 7 ekor ikan juga. Dah sah2 la keluarga A tu anaknya 9 orang. Almaklumlah isteri pertama. Dah tu pon ko nak kawin lagi kan? x reti dek untung betul. Dah la membazir ikan kat isteri B sebab anaknya ada 3 je. kecil2 pulak tu. kononnya nak adil. Haktuih! membazir itu amalan syaitoon!!!

Masing2 pon boleh fikir kan. ni sebagai peringatan untuk aku juga.

~ingatan buat diriku yang lupa~

notakaki: xde niat nk anti poligami. peace no war!







Tuesday, January 11, 2011

Bismillah pembuka bicara...

Assalamualaikum..

Kadang-kadang lidah kelu seribu bahasa. Biarlah jari yang berkata-kata.

~nukilan rasa~